Sabtu, 18 Julai 2015 | 10:33pm

Aliran trafik perlahan di dua kawasan lebuh raya PLUS setakat 9 malam

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di dua kawasan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan, setakat jam 9 malam ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd, berkata aliran trafik perlahan dari Gopeng menghala ke Simpang Pulai dan selepas Terowong Menora ke Changkat Jering.

"Satu kemalangan kecil di KM289.1 arah utara dari Gopeng ke Simpang Pulai yang berlaku pada 8.50 malam ini juga menyebabkan aliran trafik perlahan di kawasan berkenaan sepanjang 1.5 kilometer (km). Kenderaan terbabit sudah dialihkan ke lorong kecemasan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik juga kesesakan dan bergerak perlahan di kedua-dua arah Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 sebelum dan selepas Plaza Tol Kuala Terengganu.

"Seperti petang tadi, aliran trafik juga masih lagi perlahan di Plaza Tol Gombak menghala ke ibu negara," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

13 dibaca
Berita Harian X