Ahad, 19 Julai 2015 | 10:34am

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar setakat 9 pagi ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan lancar setakat 9 pagi ini walaupun bilangan kenderaan bertambah.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Expressways Bhd berkata keadaan di kedua-dua arah utara dan selatan adalah terkawal.

"Terdapat satu kemalangan kecil membabitkan bas di KM436 tetapi ia tidak mengganggu kelancaran lalu lintas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, aliran di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut dilapor bergerak lancar.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran di LPT 2 di kedua-dua arah juga bergerak lancar tanpa sebarang gangguan. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- BERNAMA

Berita Harian X