Isnin, 20 Julai 2015 | 1:47pm

Mayat kanak-kanak jatuh sungai ditemui

Mohamad Asmawi Kadir
Mohamad Asmawi Kadir

MUKAH: Mayat kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh di dalam sungai di Kampung Bawang, Matu, semalam, ditemui pagi tadi.

Mayat Mohamad Asmawi Kadir, 10, ditemui pada jam 8.14 pagi tadi, kira-kira tiga meter dari lokasi dia dikatakan terjatuh.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya mendapat bantuan penduduk kampung melancarkan gerakan mencari mangsa sejak petang semalam.

"Gerakan mencari dan menyelamat dihentikan lewat petang semalam apabila cuaca gelap dan disambung semula awal pagi ini.

"Pencarian tertumpu sepanjang sungai itu, namun mayat kanak-kanak berkenaan ditemui dekat sahaja dengan lokasi dia dikatakan terjatuh," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X