Selasa, 21 Julai 2015 | 12:02am

Pencapaian baharu Solar Impulse 2

SOLAR Impulse 2 mengelilingi dunia tanpa setitis minyak. Ia dijana sepenuhnya tenaga suria.
SOLAR Impulse 2 mengelilingi dunia tanpa setitis minyak. Ia dijana sepenuhnya tenaga suria.

CUBAAN pesawat solar, Solar Impulse 2, mengelilingi dunia tanpa menggunakan walaupun setitis minyak, adalah satu pencapaian baharu kepada dunia penerbangan.

Pesawat yang dijana sepenuhnya tenaga suria itu diterbangkan juruterbang veteran Switzerland, Andre Borschberg, yang memulakan misi pada Mac lalu di Abu Dhabi.

Setakat ini, pesawat terbabit berjaya merentasi lapan buah negara sepanjang perjalanan mencabar lebih empat bulan itu.

Antara negara yang sudah menjadi destinasi perhentian Solar Impulse 2 termasuk di Muscat, Oman; Mandalay, Myanmar; Nanjing, China dan terbaru di Hawaii pada Jumaat lalu.

Projek itu adalah hasil penyelidikan selama 13 tahun dan ujian oleh Bertrand Piccard dan Andre Borschberg, dua juruterbang Sweden. Idea mereka pada mulanya mendapat ejekan daripada industri penerbangan.

Pesawat mereka dijana lebih daripada 17,000 sel solar yang dipasang pada bahagian sayap sepanjang 72 meter, jarak yang menyamai panjang sayap pesawat Airbus A380 Superjumbo.

SOLAR Impulse 2 terbang sejauh kira-kira 32,000 km merentasi 12 negara.
SOLAR Impulse 2 terbang sejauh kira-kira 32,000 km merentasi 12 negara.

Namun, Solar Impulse 2 yang dibina menggunakan gentian karbon itu hanya mempunyai berat 2.3 tan atau kurang daripada satu peratus berat pesawat A380.

Pesawat itu adalah pengganti Solar Impulse, yang lebih kecil dan berjaya melakukan penerbangan selama 26 jam pada tahun 2010, membuktikan keupayaannya menyimpan kuasa mencukupi dalam bateri lithium ketika penerangan pada waktu siang, bagi membolehkan ia mengharungi penerbangan pada waktu malam.

Hasilnya, Solar Impulse 2 mampu terbang sehingga kelajuan 100 kilometer sejam, dengan kelajuan lebih perlahan pada waktu malam bagi menjimatkan penggunaan kuasa bateri.

SOLAR Impulse 2 mampu terbang sehingga kelajuan 100 kilometer sejam, dengan kelajuan lebih perlahan pada waktu malam bagi menjimatkan penggunaan kuasa bateri.
SOLAR Impulse 2 mampu terbang sehingga kelajuan 100 kilometer sejam, dengan kelajuan lebih perlahan pada waktu malam bagi menjimatkan penggunaan kuasa bateri.

Projek Solar Impulse

1. Kajian kebolehlaksanaan, konsep, reka bentuk dan pembinaan dilakukan selama 12 tahun

2. Membabitkan 50 jurutera dan juruteknik

3. Membabitkan 80 rakan teknologi

4. Mempunyai lebih daripada 100 penasihat dan pembekal

5. Prototaip, Solar Impulse 1

6. Produk akhir pesawat, Solar Impulse 2

SOLAR Impulse 2 dipandu oleh pengasas projek, Bertrand Piccard dan Andre Borschberg.
SOLAR Impulse 2 dipandu oleh pengasas projek, Bertrand Piccard dan Andre Borschberg.

Fakta menarik mengenai misi dan pesawat Solar Impulse 2

1. Terbang pada kelajuan antara 50 hingga 100 kilometer sejam.

2. Dikuasakan dengan 17,000 panel solar

3. Terbang sejauh kira-kira 32,000 kilometer merentasi 12 negara

4. Tempoh penerbangan dianggarkan mengambil masa 600 jam

5. Lima bulan untuk menjayakan misi kerana perlu berhenti 12 kali

7. Walaupun dijana kuasa solar, pesawat mampu terbang pada waktu malam

8. Bergantung sepenuhnya pada sumber solar

9. Berat pesawat 2,300 kilogram

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X