Sabtu, 15 Ogos 2015 | 12:03am

Resipi air lawa

AIR lawa sebagai pencecah umbut baya. - Foto Rohanis Shukri

SETIAP negeri pasti mempunyai masakan tradisi masing-masing. Bagi Melaka, ia terkenal dengan asam pedas, Negeri Sembilan pula masakan lemak cili padi, Kelantan terkenal dengan budu, begitu juga negeri lain dengan keunikan masakan tersendiri.

  Di Perak, umpamanya, pelbagai jenis masakan tradisi yang masih lagi menjadi pilihan masyarakat hari ini. Keenakannya hidangan yang pelbagai menjadikan penggemar makanan sanggup berjalan jauh untuk mendapatkannya.

Antara menu menarik ialah dari Hulu Perak, iaitu air lawa, iaitu hidangan tradisional pembuka selera yang menggamit selera orang ramai.

  Ia seperti pembuka selera lain iaitu cencaluk, budu dan sebagainya. Penghasilannya juga tidak susah memandangkan bahannya boleh diperoleh dengan mudah, malah mempunyai nilai khasiat tersendiri.

  Hidangan ini juga enak dijadikan sebagai pencecah makan bersama ulam-ulaman memandangkan ia mempunyai pelbagai rasa yang begitu sedap. Umbut bayas antara ulam yang sedap di makan bersama air lawa. 

 

Bahan:

 

BAHAN digunakan membuat air lawa. - Foto Rohanis Shukri

Santan segar - 100 mililiter (ml)

Serai - 2 batang

Bawang merah (hiris) - 50 gram (g)

Lengkuas - 20 g

Cili padi - 40 g

Pucuk kesom (hiris) - 5 helai

Kerisik - 3 sudu

Belacan

Limau nipis sebiji

Garam

Gula

 

Cara penyediaan

1. Kisarkan bahan cili padi, serai, lengkuas dan belacan bersama santan hingga halus. 

2. Masukkan ke dalam mangkuk, gaul bersama kerisik, garam dan gula hingga sebati.

3. Masukkan daun kesum dan bawang kecil yang dihiris halus. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis.

 

Berita Harian X