Selasa, 23 September 2014 | 6:06pm

Harga getah terus merosot sehingga sesi ditutup

KUALA LUMPUR: Harga getah Malaysia terus mencatatkan kejatuhan sehingga sesi dagangan ditutup hari ini, seiring kemerosotan di Bursa Pasaran Hadapan Shanghai (SHFE) kerana lebih banyak peniaga kekal tidak memasuki pasaran, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata, SHFE mengalami trend kejatuhan hari ini disebabkan kebimbangan berhubung pertumbuhan eksport yang tidak stabil dan kelemahan permintaan domestik.

Harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 8.0 sen kepada 469.5 sen sekilogram pada tengah hari sementara susu getah pukal jatuh 2.5 sen kepada 386 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 merosot 2.5 sen kepada 468.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 1.5 sen kepada 386.5 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X