Khamis, 20 Ogos 2015 | 4:02pm
MANGSA, N Revathi, dikatakan dalam perjalanan dari arah Kampar menuju ke Pekan Tapah mengalami cedera parah dan meninggal dunia ditempat kejadian.- Foto Asrizal Aris

Wanita maut digilis selepas motosikal bergesel lori


LORI terbabit dalam kemalangan di simpang empat lampu isyarat kilometer 56.3 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur dekat Tapah. - Foto Asrizal Aris

TAPAH: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sehingga menyebabkannya terjatuh lalu digilis lori terbabit di simpang empat lampu isyarat kilometer 56.3 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur jam 9 pagi tadi.

Mangsa, N Revathi, 20, dikatakan dalam perjalanan dari arah Kampar menuju ke pekan Tapah, cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw, berkata siasatan awal mendapati penunggang motosikal jenis Honda EX5 itu cuba memotong lori berkenaan selepas lampu isyarat hijau.

"Akibat terlalu rapat, motosikal berkenaan bergesel dengan lori itu sehingga menyebabkan penunggang terjatuh di bawah lori lalu digilis," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

89 dibaca
Berita Harian X