Khamis, 27 Ogos 2015 | 7:41am
LAPAN sekeluarga termasuk dua wanita mengandung dan kanak-kanak maut apabila rumah mereka terbakar di ibu negara Guinea, pada awal pagi Rabu. - Foto hiasan

8 sekeluarga maut kebakaran di Guinea

CONAKRY: Lapan sekeluarga termasuk dua wanita mengandung dan kanak-kanak maut apabila rumah mereka terbakar di ibu negara Guinea, kata saksi dan polis pada Rabu.

Kebakaran itu berlaku pada awal pagi Rabu dan seluruh kawasan kejiranan di situ cuba memasuki kediaman terbabit bagi menyelamatkan penghuni di situ.

"Kejadian ini amat mengerikan, kami cuba menelefon jabatan bomba tetapi tidak mendapat jawapan. Keseluruhan jiran di sini berusaha menyelamatkan keluarga terbabit," kata seorang saksi.

"Kami bekerjasama dengan memecahkan dinding di bahagian laman, kemudiannya dalam rumah tetapi kami hanya berjaya selamatkan seorang lelaki muda," kata anggota polis, Almamy Laye Soumah.

Dua wanita mengandung dan mangsa selebihnya berusia antara lima dan 22 tahun terkorban dalam kejadian berkenaan.

Suami mangsa dikatakan berada di luar Guinea pada ketika kejadian. - AFP

Berita Harian X