Khamis, 27 Ogos 2015 | 12:12pm

Umat Islam disaran imarah masjid - Agong

TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat ke Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Masjid Negara ke-50 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Umat Islam disaran mengimarahkan masjid dengan pelbagai program sesuai keperluan semasa berikutan institusi itu mampu menjadi benteng kepada perpecahan dan permusuhan dalam kalangan masyarakat.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah, institusi masjid turut berperanan sebagai penyelesai kepada cabaran dalam masyarakat termasuk isu membabitkan keruntuhan akidah serta moral.

"Beta gembira dengan wujudnya kesepakatan dan kefahaman itu.

"Ia sudah menghasilkan kesan yang amat besar dalam kerangka menjadikan institusi masjid sebagai medan membangun dan membina kesejahteraan umat Islam sepanjang zaman," titah baginda di Masjid Negara, sebentar tadi.

Baginda bertitah ketika merasmikan Sambutan 50 Tahun Masjid Negara.

Yang turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berita Harian X