Jumaat, 28 Ogos 2015 | 9:39am
SEORANG pemandu lori berusia 40-an maut selepas kenderaan membawa muatan balak dipandunya itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di kilometer 10 Jalan Simpang Pulai -Cameron Highlands, awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

Pemandu maut dihempap lori

IPOH: Seorang pemandu lori balak maut dihempap kenderaan itu yang terbalik di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, dekat sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Ipoh dan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan terbalik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Rozmi Che Hamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.59 pagi dan sejurus jentera bersama anggota tiba di tempat kejadian mendapati lori balak terbalik di tepi bahu jalan dengan mangsa berusia 40an sudah meninggal dunia. 

"Mangsa tersepit di dalam lori yang terbabas dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

"Anggota bertindak menggunakan alat menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang mati tersepit dan operasi selesai pada jam 5 pagi," katanya ketika dihubungi di sini. Katanya, mangsa kemudian disahkan mati oleh pihak hospital dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X