Sabtu, 29 Ogos 2015 | 8:50pm

Harimau Malaya jumpa Bangladesh malam ini

KUALA LUMPUR: Perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan @ Harimau Malaya dan Bangladesh di Stadium Shah Alam, akan bermula sebentar lagi.

Perlawanan ini dianggap sebagai pembuka `buku baharu' buat Dollah Salleh, bagi memberi motivasi kepada anak buahnya selepas dibelasah 6-0 oleh Palestin pada Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, Jun lalu.

Kali terakhir Malaysia bertemu Bangladesh adalah pada 2012 yang menyaksikan kedua-duanya terikat 1-1.

Ketika ini Harimau Malaya berada di tempat ke-168 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), manakala Bangladesh di tangga ke- 170.

Malaysia bakal bertemu Emeriah Arab Bersatu (UAE) untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 pada Khamis ini.

SENARAI PEMAIN

MALAYSIA - Khairul Fahmi Che Mat, Amirrizduan Taj, Mohd Afif Amiruddin, Joseph Kalang Tie, Muhamad Zubir Mohd, Putera Nadher Amarhan, S Kunanlan, Safiq Rahim,

Mohd Amri Yahya, Wan Zack Haikal, Mohd Nor Farhan

BANGLADESH - MD Sahidul Alam, Md Nasirul Islam, Topu Barman, Md Yeasin Khan, Shel Rana, Hemorita Vinsent Biswas, Jama Bhuyan, Md Mamunul Islam, Md Jahid Hasan, Md Jewel Rana

Berita Harian X