Sabtu, 29 Ogos 2015 | 9:29pm
USAIN Bolt menambah pingat emas negaranya dalam acara 4x100 meter berpasukan lari berganti-ganti. - FotoAFP

Olahraga Dunia: Bolt, Jamaica sapu emas 4X100 lari berganti-ganti

BEIJING: Usain Bolt menambah satu lagi kenangan manis dalam Kejohanan Olahraga Dunia di sini, apabila memenangi pingat emas ketiganya sebentar tadi menerusi kuartet Jamaica, acara 4X100 meter berpasukan lari berganti-ganti.

Bolt menjadi pelari terakhir acara itu dalam Stadium Sarang Burung yang dipenuhi penonton, untuk sampai ke garisan penamat dengan masa 37.36 saat selepas rakan sepasukan Nesta Carter, Asafa Powell dan Nickel Ashmeade selesai memberi baton.

Kejayaan itu memberikan Bolt emas ke-11 kejuaraan dunia - hanya satu-satunya yang hilang dari koleksinya itu adalah emas 100 meter pada kejohanan sama di Daegu tahun 2011 selepas dia dibatalkan di petak permulaan.

Pingat perak acara ini menjadi milik kuartet Amerika Syarikat menerusi Trayvon Bromell, Justin Gatlin, Tyson Gay dan Mike Rodgers dengan catatan masa 37.77saat.

Kuartet China membuat kejutan apabila meraih gangsa dengan masa 38.01 saat. - AFP

Berita Harian X