Sabtu, 29 Ogos 2015 | 9:49pm

Olahraga Dunia: Jamaica turut sapu emas 4X100 lari berganti-ganti wanita

BEIJING: Juara berganda Olimpik, Shelly-Ann Fraser-Pryce menjadi tunggak memastikan Jamaica memenangi buat kali kedua berturut-turut kejuaraan dunia acara 4X100 meter lari berganti-ganti wanita di sini, sebentar tadi.

Fraser-Pryce yang memenangi acara 100 meter, meninggalkan Jasmine Todd untuk membantu kuartet negaranya mengenepikan cabaran juara Olimpik, Amerika Syarikat dengan catatan masa 41.07 saat.

Pesaingnya itu mencatatkan 41.68 saat untuk meraih perak pada Kejohanan Olahraga Dunia di Stadium Sarang Burung itu.

Kuartet Jamaica mendahului sejak permulaan, dengan Veronica Campbell-Brown melakukan pecutan luar biasa sebelum melepaskan baton kepada pelari kedua, Natasha Morrison yang diakhiri dengan cemerlang oleh Fraser-Pryce. - AFP

Berita Harian X