Isnin, 31 Ogos 2015 | 3:58pm

GHB ambil alih Parti Pekerja Malaysia


PENGERUSI PPM, Mohamad Sabu. - Foto Amir Irsyad Omar

KUALA LUMPUR: Gerakan Harapan Baru kini menjadi sebuah parti politik menerusi pengambialihan Parti Pekerja Malaysia (PPM).

Pengurusan baharu PPM juga sudah memohon kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menukar nama parti itu kepada Parti Amanah Negara.

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi PPM, Mohamad Sabu pada sidang media di sebuah hotel di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, pelancaran nama parti itu kepada Parti Amanah Negara akan dilakukan pada 16 September ini.

Berita Harian X