Selasa, 1 September 2015 | 12:11pm

Papan tanda roboh tersangkut lori punca jalan sesak teruk


KEADAAN lalu lintas sesak selepas papan tanda roboh akibat tersangkut pada bahagian belakang sebuah lori pasir di Batu 4 Jalan Meru, di sini, pagi tadi.

KAPAR: Sebuah papan tanda roboh akibat tersangkut pada bahagian belakang sebuah lori pasir di Batu 4 Jalan Meru, di sini, pagi tadi.

Berikutan kejadian itu kira-kira jam 6 pagi, laluan menghala ke Meru dan Setia Alam terhalang, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Nor Omar Sappi, berkata kejadian dipercayai berpunca apabila bahagian belakang sebuah lori pasir tiba-tiba terbuka sebelum tersangkut papan tanda berkenaan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerja mengalihkan papan tanda yang runtuh sedang giat dijalankan dan keadaan trafik kembali pulih," katanya.

Berita Harian X