Selasa, 1 September 2015 | 12:16pm

EPL: Bintang Chelsea, Spurs bakal ke West Ham


PENYERANG Chelsea, Victor Moses.

LONDON: West Ham kini terdesak selepas usaha untuk mendapatkan penyerang Chelsea, Victor Moses, cuba dipintas oleh Tottenham Hotspur tatkala tempoh perpindahan semakin hampir kepada penutupnya.

Pemain berusia 24 tahun itu dimaklumkan dia boleh meninggalkan Stamford Bridge selepas gagal memikat Jose Mourinho.

Moses sudah ditawarkan penyambungan kontrak oleh skuad The Blues sambil dibenarkan untuk beraksi bersama West Ham secara pinjaman dengan harapan dapat bersama mereka secara tetap selepas ini.

Sementara itu, West Ham pula sedang berusaha untuk menyelesaikan perpindahan pemain sayap Spurs, Aaron Lennon.

Pemain itu dimaklumkan dia tiada lagi masa depan bersama pasukan di White Hart Lane selepas tidak lagi mendapat tempat di hati pengendali, Mauricio Pochettino.

Tempoh perpindahan bakal berakhir jam 6 petang hari ini, waktu tempatan. - AGENSI

Berita Harian X