Jumaat, 4 September 2015 | 4:40pm

Lelaki diserang jerung di Australia

SYDNEY: Seorang lelaki menjalani pembedahan kecemasan hari ini selepas diserang jerung, kata seorang pegawai berhubung kejadian serangan jerung di pantai timur negara itu.

Pasukan kecemasan berkata, mereka menerima panggilan berhubung seorang lelaki yang diserang jerung ketika sedang meluncur air di Pantai Black Head kira-kira 225 kilometer ke utara Sydney, pagi tadi.

"Lelaki itu jatuh ke air dan sempat kembali ke papan luncur. Dia berjaya menghampiri lebih dekat ke pantai yang membolehkan orang ramai membantunya," kata polis New South Wales dalam satu kenyataan.

Lelaki itu berusia 65 tahun luka pada sebelah kaki, kata pihak berkuasa, dengan jurucakap helikopter penyelamat memaklumkan bahawa mangsa digigit hingga ke tulang pada buku lali.

Bulan lalu, beberapa pantai di New South Wales di sebelah utara ditutup selepas seorang peluncur cedera parah diserang jerung. - AFP

Berita Harian X