Jumaat, 4 September 2015 | 5:17pm

Tze Liang layak Olimpik Rio 2016 selepas menang 3m papan anjal di Bukit Jalil

ATLET terjun, Ooi Tze Liang. - Foto Osman Adnan
ATLET terjun, Ooi Tze Liang. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Seorang lagi penerjun negara, Ooi Tze Liang menempah tiket ke temasya Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil tahun depan.

Ia susulan daripada kejayaan beliau memenangi pingat emas acara terjun 3 meter papan anjal lelaki pada Kejohanan Piala Terjun Asia ke-6 di Pusat Akuatik, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Tze Liang, 21, menyertai Pandelela Rinong dan Ng Yan Yee yang lebih dulu layak ke temasya berkenaan sebelum ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X