Selasa, 8 September 2015 | 11:27am

Sukan Remaja Komanwel: Nur Atikah raih emas acara angkat berat

NUR Atikah Mahamad Sobri (kiri) memenangi emas acara angkat berat kategori 58 kilogram wanita pada temasya Sukan Komanwel Remaja V (CYG V)di Samoa, sebentar tadi.
NUR Atikah Mahamad Sobri (kiri) memenangi emas acara angkat berat kategori 58 kilogram wanita pada temasya Sukan Komanwel Remaja V (CYG V)di Samoa, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: Nur Atikah Mahamad Sobri memenangi emas acara angkat berat kategori 58 kilogram wanita pada temasya Sukan Remaja Komanwel edisi ke-5 (CYG V)di Samoa, sebentar tadi.

Atlet muda ini berjaya mengangkat 160 kilogram (kg) menerusi snatch 70 dan clean & jerk 90.

Pingat gangsa milik atlet Fiji, Maria Mareta yang berjaya mengangkat 127kg (S57 dan CI&J 70) manakala gangsa dimenangi oleh Yasmin Carter dari Australia dengan angkatan sebanyak 124kg (S52 & CI&J72)

Ini adalah pingat emas ketiga negara sepanjang temasya sukan remaja yang bermula dari 5 hingga 11 September ini.

Setakat ini kontinjen negara sudah memenangi tiga emas dua perak dan satu gangsa.

Kira-kira 1,000 atlet remaja berusia 14 hingga 18 tahun dari negara Komanwel menyertai temasya sukan edisi kelima ini yang membabitkan pertandingan sembilan acara sukan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X