Selasa, 8 September 2015 | 4:04pm

Sukan Remaja Komanwel: Fu Kang raih emas ke-4 negara

PERENANG kelahiran Johor, Wong Fu Kang, unggul mendominasi acara 100 meter lelaki kuak dada. - Foto Twitter
PERENANG kelahiran Johor, Wong Fu Kang, unggul mendominasi acara 100 meter lelaki kuak dada. - Foto Twitter

KUALA LUMPUR: Kontinjen negara mengutip satu lagi pingat emas pada temasya Sukan Remaja Komanwel ke-5 (CYG V) di Samoa, Lautan Pasifik, sebentar tadi.

Emas keempat itu dimenangi oleh perenang kelahiran Johor, Wong Fu Kang, 17, menerusi acara 100 meter lelaki kuak dada.

Dia mencatatkan masa 1 minit 03.36 saat untuk mengenepikan cabaran perenang England, Edward Baxter yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak menerusi catatan masa 1:03.72.

Gangsa menjadi milik perenang Afrika Selatan, James Greig Isemonger dengan catatan 1:04.03.

ATLET skuasy, Sivasangari Subramaniam (tengah) turut menyumbang emas buat negara. - Foto Twitter
ATLET skuasy, Sivasangari Subramaniam (tengah) turut menyumbang emas buat negara. - Foto Twitter

Tiga emas negara yang dimenangi sebelum ini adalah menerusi dua atlet skuasy, Eain Yon Ng dan Sivasangari Subramaniam disamping Nur Atikah Mahamad Sobri dari sukan angkat berat.

Selain emas, kontinjen negara turut memenangi dua perak menerusi atlet renang, Welson Wee Sheng Sim serta gangsa oleh Ronny Jesos melalui acara angkat berat.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X