Selasa, 8 September 2015 | 5:29pm
Nur Ain Nabilah Tarmizi (kanan).
Nur Ain Nabilah Tarmizi (kanan).

Sukan Remaja Komanwel: Nur Ain raih gangsa menerusi boling padang

Nur Ain Nabilah Tarmizi memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Remaja Komanwel ke-5 (CYG V) di Samoa, Lautan Pasifik.
Nur Ain Nabilah Tarmizi memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Remaja Komanwel ke-5 (CYG V) di Samoa, Lautan Pasifik.

KUALA LUMPUR: Atlet boling padang, Nur Ain Nabilah Tarmizi memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Remaja Komanwel ke-5 (CYG V) di Samoa, Lautan Pasifik, hari ini.

Menurut laman web rasmi penganjur, atlet berusia 17 tahun dari Wilayah Persekutuan Labuan itu berjaya meraih pingat berkenaan selepas menewaskan pemain England, Rubin Hill.

Ini adalah pingat gangsa kedua dimenangi kontinjen negara pada temasya ini, selepas

Ronny Jesos, 17, dari Sabah memenanginya menerusi acara angkat berat kategori 56kg.

Setakat ini, Malaysia juga sudah mengumpul empat emas dan dua perak untuk sekali gus menduduki tangga kelima senarai pungutan pingat daripada 47 negara yang mengambil bahagian pada temasya sukan ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X