Jumaat, 26 September 2014 | 5:42pm

Sukan Asia: Boling beregu wanita negara sumbang perak

ATLET boling negara, Shalin Zulkifli dan Sin Li Jane (kanan) gembira selepas menyumbang pingat perak acara beregu di Gimnasium Anyang Hogye, Incheon, hari ini. - Foto Rosli Rahmat
ATLET boling negara, Shalin Zulkifli dan Sin Li Jane (kanan) gembira selepas menyumbang pingat perak acara beregu di Gimnasium Anyang Hogye, Incheon, hari ini. - Foto Rosli Rahmat

INCHEON: Malaysia menambah koleksi pingat perak di Sukan Asia, di sini yang disumbang gandingan beregu boling wanita negara menerusi Shalin Zulkifli dan Sin Li Jane, sebentar tadi.

Pada aksi di Gimnasium Anyang Hogye, itu, gandingan Shalin dan Sin Li hanya ketinggalan 35 mata berbanding pemenang pingat emas yang menjadi milik tuan rumah, Korea Selatan menerusi gandingan Lee Na Young dan Son Yun Hee.

Selepas berakhir enam frame, beregu negara membuat catatan 2,518 mata yang gagal mengatasi pungutan mata dibuat Na Young/ Yun Hee 2,553.

Balingan yang dibuat ratu boling negara, Shalin di awal permainan juga agak mengecewakan apabila sekadar melakukan balingan di bawah catatan dua ratus mata untuk mengumpul mata keseluruhan 1,229 dengan Sin Li mencatat 1,289 mata keseluruhan.

Selain emas, pingat gangsa turut menjadi miliki Korea Selatan menerusi gandingan Lee Yeong Seung dan Jung Dawun yang membuat catatan keseluruhan 2,462 mata.

Berita Harian X