Sabtu, 12 September 2015 | 1:11pm

Politik semai kebencian rakyat untuk jatuhkan pemimpin negara - PM


NAJIB ketika menyampaikan ucapan perasmian ketika hadir merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan. - Foto Farizul Hafiz Awang

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO sedang menghadapi politik yang dimainkan pihak tertentu bagi menjatuhkan parti yang menunjangi kepimpinan dan pentadbiran negara.

Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri berkata, mereka menggunakan media sosial dan antarabangsa untuk menyemai kebencian rakyat kepada pemimpinnya.

"Nak jatuhkan parti serang kepala yang menerajui parti, ..apabila ahli hilang kepercayaan (kepada pucuk pimpinan parti) ...maka tumbang lah parti bila-bila masa.

"Jadinya, rakyat dan ahli UMNO perlu sedar bahawa Malaysia adalah negara yang berjaya bukan gagal, ..yang dihormati bukannya dicerca kerana keutuhan perjuangan UMNO dari dulu hingga sekarang," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini sebentar tadi.

Berita Harian X