Ahad, 13 September 2015 | 9:52pm

Keluarga Abdul Muluk sedia terima segala kemungkinan

SALAH seorang jemaah Haji yang masih hilang, Abdul Muluk Ishak (tiga dari kiri) dalam kejadian dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Mekah. - Foto Noor Hidayah Tanzizi
SALAH seorang jemaah Haji yang masih hilang, Abdul Muluk Ishak (tiga dari kiri) dalam kejadian dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Mekah. - Foto Noor Hidayah Tanzizi

PANTAI REMIS: Keluarga Abdul Muluk Ishak, 71, jemaah Malaysia yang dilaporkan hilang selepas kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah, kelmarin, bersedia menerima segala kemungkinan susulan pengesahan seorang daripada lapan jemaah yang hilang, meninggal dunia.

Bagaimanapun mereka masih berharap Abdul Muluk dapat ditemui dengan selamat.

Anak keempatnya, Mohd Rosli, 34, berkata, sebelum diberitahu mengenai pengumuman daripada pihak Lembaga Tabung Haji (TH) dia dan adik beradiknya sudah bersiap sedia menerima segala kemungkinan dan berasa lega apabila jemaah yang meninggal dunia bukan bapanya. Beliau berkata, mereka sekeluarga bersimpati dan bersedih dengan berita yang diterima berkenaan jemaah yang meninggal dunia, Rusiah Suar, 56, dari Sungkai.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan dengan berita ini peluang untuk menemui abah semakin tinggi biarpun abah masih belum dapat dikesan.

"Hati saya kuat mengatakan abah masih ada cuma tersesat dan walau apa yang berlaku selepas ini kami terima dengan reda dan tenang kerana semua yang berlaku adalah takdir Allah SWT," katanya.

Beliau ditemui di Masjid Al-Kariah Kampung Sungai Batu, dekat sini sebelum mengadakan solat hajat memohon agar Abdul Muluk dan jemaah lain yang masih hilang berjaya ditemui dengan selamat.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X