Isnin, 14 September 2015 | 12:43pm

17 motosikal musnah terbakar


SEBANYAK 17 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir Flat 100, Jalan Sungai Pinang di sini, musnah dalam kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.

GEORGETOWN: Sebanyak 17 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir Flat 100, Jalan Sungai Pinang di sini, musnah dalam kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi tadi, semua motosikal itu dikatakan dibakar ketika penghuni flat terbabit sedang tidur.

Difahamkan, kebakaran itu dipercayai akibat perbuatan khianat individu tidak dikenali, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

Jurucakap bomba dan penyelamat, berkata sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian pada jam 4.44 pagi tadi.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kita masih siasat punca kebakaran serta jumlah kerugian," katanya.

Berita Harian X