Selasa, 15 September 2015 | 1:17am

Schwarzenegger ganti Trump sebagai hos "The Celebrity Apprentice"


BINTANG "The Terminator", Schwarzenegger. - Foto REUTERS

CALIFORNIA: NBC berkata bintang "The Terminator" dan bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger akan menggantikan Donald Trump sebagai hos rancangannya "The Celebrity Apprentice."

Donald Trump berkata demikian seiring rancangannya untuk bertanding jawatan Presiden dan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam rancangan realiti TV itu. Beliau sering menggunakan ungkapan "You're Fired" untuk membuang peserta rancangan berkenaan.

NBC, salah satu unit dalam Comcast Corp semalam berkata, rancangan itu akan kembali untuk musim 2016-2017. - REUTERS

Berita Harian X