Sabtu, 27 September 2014 | 4:53pm

Afdlin Shauki bersyukur rayuan kerjakan haji diluluskan


Afdlin Shauki akan mengerjakan haji bersama ibunya, Fazilah Jailani, 67. - Foto Fail NSTP/Abdullah Yusof

HULU KLANG: Afdlin Shauki bersyukur rayuannya untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini diluluskan oleh Tabung Haji.

Pelakon dan penerbit filem dan TV itu akan mengerjakan haji bersama ibunya, Fazilah Jailani, 67, bersama kumpulan terakhir jemaah haji yang akan berlepas, Isnin ini.

"Alhamdulillah rayuan yang saya buat sejak Mei lalu untuk membawa ibu menunaikan haji dimakbulkan.

"Saya buat rayuan itu untuk memimpin ibu saya yang tidak berapa sihat kerana menghidap penyakit angin ahmar.

"Sebagai anak lelaki, menjadi tanggungjawab saya untuk berada di sisinya kerana saya boleh mengawasinya keadaan kesihatannya seterusnya boleh mengerjakan ibadah haji dengan sempurna," katanya.

Berita Harian X