Khamis, 17 September 2015 | 8:54am
 IBU bapa murid dan pelajar di daerah terjejas disarankan mengikuti perkembangan terkini langkah penutupan sekolah. - Foto Nadim Bokhari
IBU bapa murid dan pelajar di daerah terjejas disarankan mengikuti perkembangan terkini langkah penutupan sekolah. - Foto Nadim Bokhari
GAMBAR dari laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Kuching (199) dan Samarahan (197) antara daerah yang paling tinggi IPU setakat jam 8 pagi tadi.
GAMBAR dari laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Kuching (199) dan Samarahan (197) antara daerah yang paling tinggi IPU setakat jam 8 pagi tadi.

Jerebu: Sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu, Bau dinasihatkan tutup

KEADAAN jerebu dengan bacaan IPU mencecah 193, iaitu tahap tidak sihat di Kuching. - Foto Nadim Bokhari
KEADAAN jerebu dengan bacaan IPU mencecah 193, iaitu tahap tidak sihat di Kuching. - Foto Nadim Bokhari

KUCHING: Berkuatkuasa jam 8 pagi ini, semua sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau dinasihatkan tutup berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua daerah berkenaan hampir mencecah 200 atau paras sangat tidak sihat.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Sarawak sedang menghubungi pentadbiran sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kesemua daerah terbabit bagi memaklum perkembangan terkini itu.

Justeru, ibu bapa murid dan pelajar di daerah terjejas disarankan mengikuti perkembangan terkini langkah penutupan sekolah berkenaan melalui media massa.

Sehingga jam 7 pagi tadi, Kuching mencatatkan bacaan IPU 193 dan Samarahan (192).

Berita Harian X