Khamis, 17 September 2015 | 9:20am
PENDUDUK keluar dari rumah mereka selepas gempa bumi menggegarkan zon tengah Chile di Santiago. - Foto Reuters

Gempa Chile: Amaran tsunami hingga ke Selatan Pasifik - PTWC


PETA gegaran tsunami yang dikeluarkan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). - Foto EPA

SYDNEY: Ombak tsunami setinggi hingga tiga meter mungkin berlaku di sepanjang pantai French Polynesia selepas gempa 8.3 magnitud berlaku di Chile, kata Pusat Tsunami Pasifik (PTWC) di Hawaii hari ni.

PTWC juga mengeluarkan amaran ombak tsunami antara 0.3 hingga satu meter di Jepun, Antartika, dan sebahagian besar kawasan Selatan Pasifik termasuk New Zealand, Fiji, Tonga, Vanuatu dan Kepulauan Solomon. - Reuters

Berita Harian X