X
Ahad, 28 September 2014 | 8:15pm

Sukan Asia: Skuad boling negara raih pingat perak trio lelaki

ATLET boling negara (dari kiri); Timmy Tan , Syafiq Ridhwan dan Zulmazran Zulkifli meraih perak dalam acara trio lelaki di Sukan Asia di Gimnasium Anyang Hogye, Incheon, Korea Selatan, hari ini. - Foto Rosli Rahmat
ATLET boling negara (dari kiri); Timmy Tan , Syafiq Ridhwan dan Zulmazran Zulkifli meraih perak dalam acara trio lelaki di Sukan Asia di Gimnasium Anyang Hogye, Incheon, Korea Selatan, hari ini. - Foto Rosli Rahmat

KUALA LUMPUR: Boling menyumbang pingat kedua apabila skuad negara meraih perak dalam acara trio lelaki di Sukan Asia di Incheon, sebentar tadi.

Skuad negara diwakili Syafik Ridhwan Malek, Timmy Tan dan Zulmazran Zulkifli membuat keseluruhan 3801 jatuhan pin di Gimnasium Anyang Hogye.

Pingat emas dimenangi Jepun dengan 3881 jatuhan pin manakala gangsa menjadi miliki Korea Selatan, 3715.

Satu lagi trio negara - Adrian Ang, Rafiq Ismail dan Alex Liew sekadar menghuni tangga ke-10 dengan 3,640 pin.

Dalam acara trio wanita, pasukan negara juga gagal bertindak cemerlang apabila sekadar menghuni tempat keenam dan 16.

Namun, Malaysia memiliki peluang cerah sekurang-kurangnya meraih satu emas menerusi Sin Li Jane yang mendahului acara All-Events wanita selepas tiga acara.

Ini adalah perak kedua dikutip skuad boling negara selepas kejayaan beregu wanita menerusi gandingan Shalin Zulkifli dan Li Jane tempoh hari.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X