Isnin, 28 September 2015 | 12:14pm

Mekanik didakwa bersubahat bunuh Kevin Morais


TUJUH suspek dihadapkan di Mahkamah Majistret 7, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais. - Foto Aizuddin Saad

PETALING JAYA: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi atas tuduhan bersubahat untuk membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, A Murugan, 44, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan, Murugan didakwa bersubahat dengan enam individu lain untuk melakukan perbuatan itu di No 20, Desa Mentari, di sini, di antara jam 9.30 pagi hingga 8 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berita Harian X