Ahad, 4 Oktober 2015 | 9:01am
BACAAN IPU setakat jam 7 pagi tadi yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar.

IBU bapa bersama pelajar berjalan menuju ke dewan bagi menghadiri Majlis Konvokesyen ke-11 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini. Bacaan IPU sehingga jam 7 pagi, bandar raya Melaka mencecah bacaan 178. - Foto Sairien Nafis

Jerebu makin buruk, 7 kawasan IPU 'sangat tidak sihat'

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu semakin buruk apabila tujuh kawasan mencacat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 'sangat tidak sihat' sehingga jam 7 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terbabit ialah Shah Alam yang merekod bacaan tertinggi iaitu 287, diikuti Batu Muda (284), Petaling Jaya (240), Banting (237), Pelabuhan Klang (224), Putrajaya (228) dan Seremban (202).

PELAJAR memakai topeng muka ketika hadir ke sekolah dalam keadaan cuaca berjerebu pagi ini. Bacaan IPU mencatatkan 106 iaitu pada paras tidak sihat di Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X