Khamis, 8 Oktober 2015 | 5:55pm

Pasaran getah ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah hari ini berikutan sokongan pengukuhan ringgit dan kelemahan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran juga memberi respons negatif kepada laporan bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan global bagi kali kedua tahun ini susulan harga komoditi rendah dan kelembapan ekonomi China, dan memberi amaran negara-negara memerlukan dasar yang bertujuan meningkatkan permintaan.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun 8.5 sen kepada 533.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal berkurangan 0.5 sen kepada 411.5 sen sekilogram.

Sementara itu, harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 susut 11.5 sen kepada 528 sen, manakala susu getah pukal turun dua sen kepada 410 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X