Khamis, 8 Oktober 2015 | 9:59pm

Malaysia sedia bantu Indonesia tangani pembakaran hutan - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia sedia membantu Indonesia dalam menangani masalah pembakaran hutan yang menyebabkan jerebu teruk di negara berkenaan dan beberapa negara jiran termasuk Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam status terbaru di laman Facebooknya, berkata Malaysia sedia membantu menangani masalah ini untuk kebaikan bersama.

"Saya menerima baik keputusan Indonesia untuk bekerjasama dengan Malaysia dan negara-negara lain dalam usaha untuk menangani isu kebakaran hutan yang menyebabkan keadaan jerebu," katanya.

Sebuah portal media tempatan Indonesia hari ini melaporkan Presiden Indonesia, Joko Widodo sebagai berkata republik itu sudah menghubungi kerajaan Malaysia, Singapura, Russia dan Jepun untuk meminta bantuan memadamkan api terutamanya di kawasan tanah gambut di negara itu yang didapati masih sukar dipadamkan sepenuhnya. - BERNAMA

Berita Harian X