Selasa, 30 September 2014 | 6:29pm

Sukan Asia: Boling menang pingat perak acara 5 sepasukan lelaki

DARI kiri, Syafiq Ridhwan, Timmy Tan, Andrian Ng, Zulmazran Zulkifli, Rafiq Ismail dan Alex Liew bergambar bersama Jalur Gemilang selepas menang perak dalam acara berpasukan boling lelaki di Gimnasium Anyang Hogye, Incheon, hari ini. - Foto Rosli Rahmat

INCHEON: Skuad boling menyumbang satu lagi pingat perak, hari ini menerusi acara lima berpasukan lelaki di Sukan Asia di sini, sebentar tadi.

Pingat emas dimenangi tuan rumah, Korea Selatan manakala gangsa menjadi milik pasukan Hong Kong.

Terdahulu, Sin Li Jane menyumbang perak untuk kontinjen negara dalam acara All-Event wanita, pagi tadi.

Setakat ini, skuad boling negara sudah membawa pulang tiga perak dan satu gangsa.

Berita Harian X