Khamis, 15 Oktober 2015 | 5:14pm

ASTRO perkenal program realiti untuk bakat cilik

KUALA LUMPUR: Sebuah program realiti, Ceria All Stars bakal disiarkan tidak lama lagi menerusi saluran ASTRO dalam usaha untuk mengupas bakat cilik terpendam tanah air.

Saluran ASTRO Ceria menampilkan konsep baru lebih segar ini, bertitik tolak dari kejayaan Ceria Popstar dan Ceria Superstar.

Program Ceria All Stars ini bakal membuka peluang lebih luas dalam mempamerkan kepelbagaian bakat generasi muda tanah air.

Ia terbuka kepada individu yang berumur 15 tahun ke bawah dan menampilkan bakat terpendam mereka miliki.

Uji bakat tidak hanya terikat dengan sebarang genre dari bidang lakonan dan nyanyian.

Seramai 20 calon akan dipilih oleh selebriti ternama tempatan menerusi sesi uji bakat itu nanti.

Sesi uji bakat pertama adalah pada 17 Oktober di AEON AU2 Keramat, di sini pada jam 10 pagi hingga 4 petang dengan dikendalikan oleh Datuk Aznil Nawawi dan Rozita Che Wan.

Ia kemudian diteruskan sehari selepas itu di Kompleks Megamall, Pulau Pinang dan bakal diadili oleh Shuib Sepahtu pada jam 10 pagi hingga 4 petang.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X