Jumaat, 23 Oktober 2015 | 12:15am
JURUKAMERA TV3, Nor Azman Jumahat maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan.
JURUKAMERA TV3, Nor Azman Jumahat maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan.

Jurukamera TV3 maut motosikal terbabas di LPT

MARAN: Seorang jurukamera TV3, Nor Azman Jumahat maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di Kilometer 156 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan, dekat Chenor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superitendan Mat Rizal Mat Razdi, berkata kejadian berlaku jam 9 malam dan Nor Azman, 41, dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

"Nahas berlaku selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh penghadang lebuh raya.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga bagi tujuan pengebumian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X