Sabtu, 24 Oktober 2015 | 10:08am

Tengku Abdul Aziz dahului senarai penerima darjah Pahang

PEKAN: Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar mendahului 1,033 senarai penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Tengku Abdul Aziz adalah antara 28 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat peringkat pertama itu disempurnakan sendiri oleh Sultan Ahmad Shah.

Selain Tengku Abdul Aziz, antara kerabat yang turut menerima darjah berkenaan ialah Tengku Faridah Sultan Abu Bakar, Tengku Datuk Nor Aizah Sultan Abu Bakar, Tengku Datuk Zabedah Sultan Abu Bakar.

Turut menerima darjah SSAP ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif; Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah dan Timbalan Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Mohamed Jaafar.

Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Seri Zainal Rahim Seman; Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Ir Zainor Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Azizan Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail.

Panglima Bantuan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Lt Jen Datuk Sabri Adam; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi; Pengarah Urusan Kumpulan Widad, Datuk Muhammad Ikmal Opat Abdullah dan Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Abd Shukor Ibrahim.

Tiga individu pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dengan membawa gelaran Datuk didahului Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara, Puan Sri Khairani Mohd Zain.

Dua lagi penerima ialah Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Mohamad Roslan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Mohd Ridhuan Ramli.

Sementara itu, sebanyak 30 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk iaitu Orang Besar Berlapan, Tengku Datuk Ibrahim @ Alam Shah Tengku Abdul Ghani; Pengarah MFDM Holdings Sdn Bhd, Datin Seri Zurina Dadameah Zulkiflee Dadameah dan Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Kamarudin Md Isa.

Antara penerima lain ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan Antarabangsa, Hiswani Harun; Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Pahang (UPEN), Datuk Suhaimi Mohd Yunus dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Datuk Nazri Abu Bakar

Turut menerima darjah yang sama Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang, Datuk Wan Bakri Wan Ismail; Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dr Zainal Ariffin Omar; Pengarah Pengairan dan Saliran Pahang, Shaharuddin Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Ismail Abdul Aziz.

Sebanyak 148 individu pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk antaranya Pengurus Besar Yayasan Pahang, Mahmud Mohd Nawawi; Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Jamal Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Republik Croatia, Saiful Azam Matinus Abdullah.

Pegawai Daerah Bera, Razihan Adzharuddin; Pengarah Bahagian Keusahawanan Bumiputera Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohammad Radhi Abdul Razak; Pengurus Besar Kanan (Operasi) Lembaga Tabung Haji, Adi Azuan Abdul Ghani dan Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Pahang, Mohammad Mokhzani Mukhtar.

Timbalan Pengarah III Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, SAC Mohd Nadzri Zainal Abidin; Penolong Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Yusoff Mohd Amin dan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kol Ab Jabar Mohamad Aris dan Naib Presiden Eksekutif Telekom Malaysia Bhd, Rafaal Samsi.

Sebanyak 29 orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (65 orang), Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (77 orang) dan 158 orang pula menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP). Selain itu, 159 orang turut menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (137 orang) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (199 orang). - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X