Rabu, 4 November 2015 | 3:21pm
Lapangan terbang Bali ditutup berikutan letupan gunung berapi di pulau berdekatan.
Lapangan terbang Bali ditutup berikutan letupan gunung berapi di pulau berdekatan.

Lapangan terbang Bali ditutup sehingga pagi esok

JAKARTA: Indonesia menutup lapangan terbang Bali, satu daripada terminal antarabangsa paling sibuk, menyebabkan beratus penerbangan dibatalkan, ekoran letusan gunung berapi di pulau berdekatan, kata pihak berkuasa hari ini.

Lapangan Terbang Ngurah Rai ditutup sehingga pagi esok dan akan dibuka semula selepas penilaian semula situasi semasa.

"Sebanyak 692 penerbangan telah dibatalkan," kata pihak berkuasa lapangan terbang itu dalam satu kenyataan.

Gunung Rinjani berhampiran Pulau Lombok memuntahkan abu sejak hujung minggu lalu.

"Gegaran akibat aktiviti gunung berapi secara berterusan direkodkan dan potensi lebih banyak letusan masih tinggi," kata agensi meteorologi Indonesia dalam satu kenyataan. - Reuters

Berita Harian X