Rabu, 4 November 2015 | 5:35pm

Tunku Hamidah, kekanda Agong mangkat

ALOR SETAR: Kekanda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meninggal dunia akibat gering jam 11.50 pagi tadi.

Jenazah, Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, 90, yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit di sini sebelum disemayamkan bagi maksud penghormatan terakhir bermula jam 3 hingga jam 7 petang ini.

Istiadat pengebumian jenazah akan disempurnakan esok di Makam Diraja Langgar di sini, jam 10 pagi esok.

Berita Harian X