Khamis, 5 November 2015 | 12:30pm

Media Prima pemenang pertama Anugerah Media Komanwel

KUALA LUMPUR: Kumpulan Media Prima Bhd (MPB) hari ini diumumkan sebagai pemenang pertama Anugerah Tahunan Media Komanwel 2015 oleh The Commonwealth Businesswomen's Network (CBW).

Anugerah berkenaan dikongsi bersama dengan BAM Media of Lesotho (BAM) dan penyampaiannya akan dibuat sempena Majlis Makan Malam Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwell di Malta, akhir bulan ini.

Pengarah Eksekutif CBW, Arif Zaman, berkata pemilihan MPB dibuat berdasarkan peranannya dalam memperjuangkan pelbagai isu terutama soal kesaksamaan jantina, hak dan kejayaan wanita dalam bidang perniagaan menerusi liputan rangkaian televisyen, media cetak dan radio, kandungan serta media digital miliknya.

Beliau berkata, ini terbukti apabila MPB mewujudkan ruangan khas dalam keluaran ketiga-tiga akhbar miliknya iaitu Berita Harian (BH), Harian Metro dan New Straits Times (NST).

Berita Harian X