Khamis, 5 November 2015 | 3:29pm

Jenazah kekanda Yang Di-Pertuan Agong selamat disemadikan

TUNKU Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Seri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah menyiram air di pusara kekandanya, Almarhumah,Datuk Tunku Hamidah Sultan Badlishah di Makam Diraja, Langgar. Datuk Tunku Hamidah Sultan Badlishah adalah kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Jenazah Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, kekanda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, tengah hari hari ini.

Almarhumah Tunku Hamidah, 90, mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) 11.50 pagi semalam akibat gering.

Solat jenazah diimamkan Mufti Negeri, Datuk Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Ahmad di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 9.30 pagi tadi, sebelum dibawa ke Makam Diraja Langgar.

Yang turut berangkat memberi penghormatan termasuk Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta barisan exco kerajaan negeri.

Bermula 3 petang sehingga 7 malam semalam, jenazah Almarhumah disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit bagi membolehkan penghormatan terakhir dilakukan.

- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X