Sabtu, 7 November 2015 | 2:49pm

Semua operasi dipindahkan ke terminal 1 KKIA mulai 1 Disember

KOTA KINABALU : Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mengumumkan semua operasi di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan dipindahkan ke Terminal 1 berkuat kuasa 1 Disember.

Pengumuman itu dimuatnaik MAHB menerusi laman Twitter @MY_Airports.

"Malaysia Airports inginkan anda menikmati pengalaman menarik di lapangan terbang kami. Justeru, dimaklumkan bahawa semua operasi di Terminal 2 KKIA akan dipindahkan ke Terminal 1 KKIA berkuat kuasa 1 Dis," demikian kenyataan itu.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang KKIA, Sunif Naiman, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Terminal 1 KKIA bernilai RM1.7 bilion dan boleh memuatkan sehingga sembilan juta penumpang setahun itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 16 September lalu.

Najib berkata, adalah wajar keseluruhan operasi KKIA disepadukan di Terminal 1 untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan penerbangan lebih efisien bagi terus memacu industri pelancongan di Sabah. - BERNAMA

Berita Harian X