Ahad, 8 November 2015 | 10:39pm

Gempa: Ribuan penduduk Mandailing bertempiaran

JAKARTA: Ribuan penduduk di Mandailing Natal, Sumatera Utara bergegas keluar rumah dan kompleks membeli-belah ketika berlaku gegaran kuat akibat gempa bumi.

Menurut kenyataan media Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), gempa berukuran 6 pada Skala Richter itu berlaku pada jam 4.34 petang tadi dan ia dikesan di laut pada jarak 85 kilometer barat daya Mandailing Natal.

"Gempa terasa kuat di Mandailing Natal selama 5 saat, masyarakat panik dan bertempiaran keluar rumah.

"Belum ada laporan kerosakan harta benda," kata Kepala Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam kenyataan menerusi media tempatan.

Katanya, gempa itu turut dirasai kuat di daerah Nias Selatan dan wilayah Sumatera Barat.

Bagaimanapun, gempa itu tidak berpotensi berlaku tsunami.

-- BERNAMA

Berita Harian X