Isnin, 9 November 2015 | 12:02am
ANTARA kemalangan membabitkan lori di Kilometer 356.7 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Dungun pada 3 Jun lalu. - Foto Rosli Ilham
ANTARA kemalangan membabitkan lori di Kilometer 356.7 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Dungun pada 3 Jun lalu. - Foto Rosli Ilham
SEBUAH van berhenti di lorong kecemasan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) boleh mengundang bahaya dan menyebabkan kemalangan. - Foto Rosli Ilham
SEBUAH van berhenti di lorong kecemasan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) boleh mengundang bahaya dan menyebabkan kemalangan. - Foto Rosli Ilham
PEGAWAI Penguatkuasa dan Operasi Lebuh Raya, Deputi Superintendan Mustaffa Bakri Salleh (berdiri kiri), turun padang melihat anggotanya mengendalikan operasi had laju di LPT2. - Foto Rosli Ilham
PEGAWAI Penguatkuasa dan Operasi Lebuh Raya, Deputi Superintendan Mustaffa Bakri Salleh (berdiri kiri), turun padang melihat anggotanya mengendalikan operasi had laju di LPT2. - Foto Rosli Ilham
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa kereta Toyota Camry yang remuk selepas merempuh belakang sebuah lori treler dalam kemalangan di kilometer 258.8 dekat Hentian Rehat dan Rawat, Perasing di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2). - Foto Rosli Ilham

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pandu laju punca utama nahas di LPT2

SEJAK dibuka pada Ogos 2011, sebanyak 2,026 kemalangan dicatatkan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) membabitkan 66 kes kemalangan maut dengan 86 kematian.

Dua kemalangan yang tragis, iaitu pada 25 Mei 2015 mengorbankan lima beranak selepas kereta mereka rosak yang diletakkan di lorong kecemasan di Kilometer 386.6 dekat Ajil dirempuh sebuah lori.

Insiden terbaharu dan paling menyayat hati pada 14 Oktober lalu, mengorbankan enam sekeluarga selepas kereta Toyota Camry yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 258.8 berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman.

Hanya empat hari selepas kejadian itu, nyawa dua beranak melayang di lebuh raya sama selepas kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh, Kemaman pada kira-kira jam 11 malam.

Belum pun reda kegelisahan ramai berhubung  kedua-dua kemalangan itu, satu lagi insiden berlaku pada keesokan harinya, di mana seorang pengawal keselamatan pula terkorban selepas motosikal yang ditungganginya bersama rakan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 317.9 berhampiran Plaza Tol Kerteh.

KERETA Toyota Camry dinaiki enam sekeluarga maut selepas kenderaan itu merempuh belakang sebuah lori treler yang berhenti di kilometer 258.8 dekat Hentian Rehat dan Rawat, Perasing di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2). - Foto Rosli Ilham

Ketua Polis Negeri, Datuk Rosli Abd Rahman berkata, dalam tempoh Januari hingga 3 November 2015, sebanyak 788 kemalangan berlaku di LPT2, membabitkan 31 kes kemalangan maut dengan 44 kes kematian.

Katanya, statistik punca kemalangan iaitu (346) kes akibat pandu laju dan terbabas, (70) laju dan langgar belakang, (33) laju dan bergesel, (54) mengantuk dan terbabas, (41) tayar pancit dan pecah, (112) langgar binatang, (77) langgar lopak air, (8) langgar objek atas jalan, (7) berhenti di lorong kecemasan dan lain-lain kes (5).

"Hasil kajian dijalankan bersama Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dari Januari hingga Mei lalu mendapati punca utama kepada kemalangan disebabkan kecuaian dan bukan  faktor fizikal atau persekitaran di LPT2.

"Daripada kajian kes, punca kemalangan tertinggi dicatatkan adalah disebabkan sikap pemandu yang memandu laju atau melebihi had kelajuan yang ditetapkan sekaligus menjurus kepada  terbabas," katanya.

Rosli berkata, bagi mengurangkan kadar kemalangan itu, pihaknya dengan kerjasama Trafik Bukit Aman melancarkan Operasi Khas Trafik yang menumpukan kepada pemandu yang memandu melebihi had laju.

KETUA Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman.
KETUA Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman.

Operasi empat hari yang bermula pada 4 November membabitkan seramai 27 pegawai dan 103 anggota pelbagai pangkat.

Dalam operasi itu, Rosli turut melakukan pemantauan dari udara menggunakan helikopter.

"Sebelum ini, Trafik Bukit Aman mengadakan operasi yang sama di Kilometer 255.2, dekat Perasing, Kemaman.

"Dalam operasi sehari itu, polis mengeluarkan sebanyak 203 saman kepada pengguna yang memandu melebihi had laju dan 38 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya. 

Bagi mengurangkan kegelisahan orang ramai, terutama pengguna mengenai keselamatan LPT2, Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof turut melakukan tinjauan di lebuh raya itu.

ANGGOTA trafik menahan kenderaan yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam Operasi Khas di Hentian Rehat dan Rawat Ajil, baru-baru ini. - Foto Syahirah Abdullah
ANGGOTA trafik menahan kenderaan yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam Operasi Khas di Hentian Rehat dan Rawat Ajil, baru-baru ini. - Foto Syahirah Abdullah

Kenyataan beliau mengukuhkan lagi punca kemalangan bukan disebabkan persekitaran atau permukaan  jalan yang tidak rata sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

Malah, katanya beberapa kemalangan termasuk yang membabitkan kematian di LPT2 sebelum ini dipengaruhi banyak faktor, termasuk kecuaian pemandu yang memandu melebihi had laju dan bukan disebabkan keadaan permukaan jalan semata-mata.

Untuk mengesahkan lagi hasil rumusan Polis Trafik dan Jabatan Kerja Raya, beliau berkata pihaknya sudah melantik sebuah syarikat untuk melakukan kerja pengumpulan data berhubung keadaan LPT2.

Syarikat terbabit Ikram Paves Sdn Bhd menggunakan kenderaan pengimbas jalan IKRAM (IRS) yang sudah diubahsuai untuk mengesan keadaan jalan sepanjang laluan LPT2 dari Jabor ke Kampung Gemuroh.

Hasil daripada pemantauan dan pengumpulan data itu kemudian akan dapat menentukan sama ada LPT2 mematuhi piawaian ditetapkan, selain mengesan kerosakan sebelum tindakan diambil.

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Besar IKRAM, Vincent Ting Choon Fook (dua kanan) mengenai kenderaan 'IKRAM Road Scanner' ketika membuat lawatan ke Hentian Rehat dan Rawat, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), di Kemaman. - Foto Farizul Hafiz Awang

Pemantauan awal mendapati mendapati hanya 20 peratus daripada keseluruhan 184 kilometer LPT2 dikesan bermasalah.

Pemerhatian mendapati hampir 80 peratus keadaan jalan di LPT2 adalah berada dalam keadaan baik, terutama dari segi kerataan permukaan, kelicinan dan kadar keretakan.

Kenderaan bernilai RM3 juta itu dilengkapi aplikasi berteknologi tinggi, iaitu tiga kamera digital, alat pengesan rekahan, pengukur kecerunan jalan, sistem kedudukan global (GPS), pengukur kerataan, profil jalan dan sistem perolehan data.

Kadar ketepatan data IRS adalah 95 peratus dan memudahkan proses menganalisis masalah di LPT2 selain tempoh pemantauan dapat dijimatkan, sekali gus mengurangkan kos dan penggunaan tenaga manusia.

Teknologi IRS yang turut digunakan dalam proses pemeriksaan landasan lapangan terbang boleh dipertingkatkan mengikut keperluan semasa.

Berita Harian X