X
Khamis, 12 November 2015 | 12:38am
PENGGUNAAN rokok elektronik atau dikenali sebagai vape. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
PENGGUNAAN rokok elektronik atau dikenali sebagai vape. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
ROKOK elektronik menggunakan cecair bagi menghasilkan wap kini dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di kalangan perokok. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
ROKOK elektronik menggunakan cecair bagi menghasilkan wap kini dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di kalangan perokok. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

KPDNKK, SIRIM gubal piawaian keselamatan mod vape


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menggubal piawaian keselamatan untuk peranti vape supaya penggunaannya selamat dan tidak memudaratkan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata perbincangan berhubung perkara itu sudah dimulakan bersama agensi berkaitan, termasuk Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) pada Isnin lalu.

KETUA Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad. - Foto Abdullah Yusof
KETUA Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad. - Foto Abdullah Yusof

Katanya, antara topik pada perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah KPDNKK Bahagian Standard Kepenggunaan, Jafri Embok Taha itu, termasuk mengkaji akta yang boleh diguna pakai sekiranya berlaku sebarang kesalahan membabitkan vape.

"Peraturan dan piawaian keselamatan tertentu perlu diwujudkan supaya penggunaan peranti berkenaan sentiasa selamat serta tidak memudaratkan. Dengan piawaian itu, vape yang dijual di pasaran terjamin penggunaan serta keselamatannya. 

Piawaian standard

PENGGUNA vape menunjukkan sistem gegelung yang membakar kapas untuk mengeluarkan wap. - Foto Amran Hamid
PENGGUNA vape menunjukkan sistem gegelung yang membakar kapas untuk mengeluarkan wap. - Foto Amran Hamid

"Jika status vape dimuktamadkan selepas ini, sama ada dilulus atau diharamkan, kita sudah ada piawaian standard untuknya. Setakat ini, perbincangan masih pada peringkat awal dan KPDNKK bersama agensi berkaitan akan terus melakukan kajian lebih menyeluruh bagi mewujudkan piawaian keselamatan itu," katanya.

Ketika dihubungi BH semalam, Alias berkata, buat masa ini, belum ada sebarang undang-undang khusus berkaitan vape, namun apabila piawaian yang selaras digubal kelak, KPDNKK boleh mengguna pakai Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Litar pintas

DR Mohamad Huzaimy Jusoh.
DR Mohamad Huzaimy Jusoh.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Komunikasi Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohamad Huzaimy Jusoh, berkata berkata risiko litar lintas boleh berlaku pada peranti vape yang boleh mengakibatkan peralatan itu meletup.

"Litar pintas itu boleh berlaku akibat peningkatan arus elektrik tidak normal ketika menekan suis penghidup pada peranti vape.

"Ia akan menyebabkan fius dalam peranti vape gagal berfungsi dengan baik, menyebabkan aliran arus elektrik yang terlalu tinggi yang tidak stabil dengan kapasiti bateri lalu menyebabkan berlakunya letupan.

"Apabila berlaku litar pintas, gegelung elektrik di dalam peranti vape tidak dapat menampung tahap kepanasan dan menyebabkan peralatan itu mengalirkan voltan lebih tinggi daripada yang mampu ditampung menyebabkan kerosakan pada peranti.

KOMPONEN alat Vape yang meletup dan mencederakan pengguna di bahagian muka. - Foto Asrizal Aris
KOMPONEN alat Vape yang meletup dan mencederakan pengguna di bahagian muka. - Foto Asrizal Aris

"Dalam sesetengah kes, sistem keselamatan dalam peranti vape seperti fius gagal berfungsi apabila voltan terlalu tinggi dan berlaku letupan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden letupan vape di Gopeng, Khamis lalu hingga menyebabkan pemiliknya menerima enam jahitan.

Insiden berlaku ketika pengguna vape, Salleh Awang Hat, 33, menghidupkan vape untuk disedut, tetapi ia meletup sebelum sampai ke bibir, menyebabkan bahagian penyedut vape tercabut dan hampir mengenai mukanya.

PENGGUNA Salleh Awang Hat, 33, cedera ketika menghidupkan vape untuk disedut, tetapi ia meletup.
PENGGUNA Salleh Awang Hat, 33, cedera ketika menghidupkan vape untuk disedut, tetapi ia meletup.

Bagaimanapun, Mohamad Huzaimy berkata, insiden itu adalah kes terpencil kerana penggunanya mendakwa vape itu tidak diubahsuai.

Katanya, kes peranti vape meletup tanpa modifikasi adalah risiko yang perlu diambil pengguna ketika menggunakannya kerana memiliki kebarangkalian berlakunya litar pintas.

"Kebanyakan kes vape meletup berlaku kerana pengguna yang mendakwa diri mereka sebagai pakar mengubahsuai gegelung elektrik atau 'recoiling' pada peranti itu.

"Recoiling bertujuan meningkatkan pembakaran dan tahap pengewapan, sekali gus mengeluarkan lebih banyak asap serta kandungan cecair yang dihisap.

"Pengguna mengubahsuainya dalam dua cara, sama ada mengecilkan gegelung supaya meningkatkan tahap kepanasan atau menggunakan gegelung lebih besar bagi meningkatkan jumlah voltan, namun kedua-dua kaedah ini bahaya kerana arus tidak seimbang dengan bateri dan menyebabkan letupan," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X