Sabtu, 4 Oktober 2014 | 2:45pm
KEMALANGAN membabitkan sebuah lori dan empat kereta di Kilometer 256 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Ipoh ke Kuala Kangsar dekat Sungai Perak menyebabkan 15 cedera dan kesesakan teruk di laluan berkenaan. - Foto Twitter Bomba

15 cedera nahas babitkan lori, 4 kereta di Sungai Perak


KEMALANGAN membabitkan sebuah lori dan empat kereta di Kilometer 256 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Ipoh ke Kuala Kangsar dekat Sungai Perak menyebabkan 15 cedera dan kesesakan teruk di laluan berkenaan. - Foto Twitter Bomba

KUALA LUMPUR: Sekurangnya-kurangnya 15 orang cedera dalam nahas membabitkan sebuah lori dan empat kereta di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Sungai Perak, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Demikian menurut Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat, @bombaJBPM.

Orang ramai dinasihatkan keluar di Tol Ipoh Selatan dan masuk semula di Tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan teruk di kawasan nahas berkenaan.

Sementara itu, Twitter PLUS @plustrafik melaporkan terowong ke Sungai Perak, sesak sepanjang 13 kilometer.

Sehubungan itu, laluan kontra dibuka di KM256.2 hingga 254.2 arah utara dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

129 dibaca
Berita Harian X