Ahad, 5 Oktober 2014 | 8:23am
BUDAK lelaki berusia 10 tahun membeli gam dengan mudah di sebuah kedai di Bangsar dan kedai barangan di Brickfields (gambar kanan) tanpa disoal peniaga.
BUDAK lelaki berusia 10 tahun membeli gam dengan mudah di sebuah kedai di Bangsar dan kedai barangan di Brickfields (gambar kanan) tanpa disoal peniaga.

Penjualan gam tanpa kawalan

KUALA LUMPUR: Penjualan gam tanpa kawalan menjadikan kegiatan menghidu bahan itu, khususnya dalam kalangan remaja dan pelajar semakin membimbangkan.

Kalau satu ketika dahulu, gam dikatakan menjadi pilihan penagih dewasa sebagai pengganti kepada dadah kerana mampu menghasilkan kesan khayal yang sama, kini ia menjadi pilihan murah dan popular dalam kalangan remaja dan pelajar.

Bahan khayal mengandungi pelarut seperti toluene itu mudah diperoleh di kedai barangan am dengan harga murah tanpa sebarang sekatan, termasuk murid berusia 10 tahun.

Mengikut statistik yang diperoleh BH, seramai 2,690 pelajar dikesan menyalahgunakan bahan mengkhayalkan itu dalam tempoh 2008 hingga 2011.

Sarawak catat jumlah tertinggi

Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,261 pelajar, diikuti Melaka (1,107), Negeri Sembilan (97), Kedah (76), Perlis (51), Perak (42), Pulau Pinang (40), Kuala Lumpur (12) dan Pahang (empat).

Jumlah itu dipercayai semakin meningkat berikutan banyak aduan diterima daripada masyarakat dan keluarga berhubung masalah sosial berkenaan, selain kajian itu tidak dilakukan di semua negeri atau semua sekolah setiap tahun.

Bagaimanapun, tiada kajian terperinci dilakukan kerana bahan khayal itu tidak dikategorikan dalam kumpulan dadah.

Bagi membuktikan mudahnya gam ini boleh dibeli, BH menggunakan khidmat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di dua lokasi berbeza di Bangsar dan Brickfields di ibu kota.

Tujuannya adalah untuk melihat mudahnya bagi seorang kanak-kanak membeli gam di kedai perkakasan dan barangan am yang diketahui antara lokasi paling mudah bagi mendapatkan bahan berkenaan.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Berita Harian X