X
Ahad, 22 November 2015 | 5:06pm

3 minit larikan emas RM250,000

ANGGOTA polis memeriksa kedai emas yang disamun di Taman Desa Kenchana, Bercham di Ipoh kira-kira jam 1 tengah hari tadi. - Foto Muhaizan Yahya
ANGGOTA polis memeriksa kedai emas yang disamun di Taman Desa Kenchana, Bercham di Ipoh kira-kira jam 1 tengah hari tadi. - Foto Muhaizan Yahya

IPOH: Empat lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi menyamun sebuah kedai emas dan membawa lari barang kemas bernilai kira-kira RM250,000 di Taman Desa Kenchana, Bercham di sini kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata seorang daripada suspek dipercayai mengacu pistol ke arah pemilik manakala tiga lagi bersenjatakan tukul besi memecahkan cermin menyimpan barang kemas.

"Empat suspek mengambil masa kira-kira tiga minit membawa lari barang kemas berkenaan sebelum melarikan diri secara berasingan menaiki dua buah motosikal.

"Ketika melarikan diri, dua daripada suspek terbabit dalam kemalangan kecil lalu meninggalkan sebuah topi kaledar dan sebatang tukul besi.

"Polis turut menemui kesan darah pada cermin di premis berkenaan dipercayai milik suspek dalam cubaan memecahkan cermin premis berkenaan," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X