Isnin, 6 Oktober 2014 | 9:46am

Aliran trafik lancar di seluruh negara pagi ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke ibu negara dilaporkan bergerak lancar setakat jam 9 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuh raya Plus Expressways Sdn Bhd berkata tiada kesesakan lalu lintas dilaporkan.

"Trafik lancar dan terkawal di sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE), Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) berkata trafik keseluruhannya masih lancar dan terkawal di lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang, KL-Karak, Lebuh raya Pantai-Timur (LPT) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP) di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X